Monday, January 16, 2012

Demam kuning kucing

  Assalamualaikum.. 

Nak berkongsi tentang demam kuning pada kucing.. Mesti semua orang tak tau kan yang kucing pon boleh kena demam kuning macam baby kan.. Ye, kucing boleh kena dan kucing saye salah sekor yang terkena penyakit ni. Bunyinye macam tak seruis tapi sebenarnye sakit ni sangat serius dan boleh bawak mati. ;'(



Sakit kuning ni boleh dikenali sebagai  JAUNDIS (JAUNDICE) / ICTERUS / DEMAM KUNING (YELLOW FEVER).. Demam kuning ni macam adanya warna kekuningan pada bahagian badan disebabkan peningkatan kandungan bilirubin dalam darah.
Owner kucing kena peka tgk kucing korang kot2 ade tande2 kekuningan pada putih mata, kekuningan pada gusi, pada kulit dan juga dibahagian bawah cuping telinga. Kuning ni wujud secara beransur2 daripada kuning pucat kepada kuning yang lebih pekat.


Selalu berlaku - demam, kucing tak makan, gusi pucat atau sedikit kekuningan, air liur meleleh, berak cair dan adakala bercampur darah, muntah dan kurang air dalam badan (dehydrated). Kucing ni boleh tak makan atau hilang selera untuk satu jangkamasa yang lama. Adakala kita 'paksa makan' (force feeding) kucing tu. Macam Oddy, memang kena paksa makan n bawak makanan tu depan muka die. Die akan makan sikit jek ;'(



Dulu tak tau kan, ingat ke die murung sebab tak dapat kawasan or Gf lari sebab die baru lepas gadoh. Bawak2 gi klinik baru tau. padan la die tak nak makan, n tak aktif langsung. die boleh tido dari pukul 9mlm smpai 9 pagi macam manusia. Kalau Oddy duduk kat satu tempat tu, boleh duduk situ tak bangun2 sampai berjam2 lamenye ;'(


Sekarang Oddy kene cocok selalu.. Setiap minggu.. Sebab keadaan die macam tu jugak jek ;'( Sangat sedih tengok die macam tu. tak bermaya... Duduk diam. Hanye orang yang ada kucing jek faham macamane rase bile kucing kesayangan kene macam ni.  ;'(


Penyebab kepada jaundis ni diklasifikasikan atau dibahagikan kepada 3;

1. Prehepatik (prehepatic) - merujuk kepada masalah yang wujud sebelum darah tiba ke hati seperti sel darah merah musnah atau pecah. Selalunya disebabkan oleh:

  • Parasit darah - haemobartonellosis, cytauxzoonosis
  • ubat-ubatan
  • reaksi selepas pemindahan darah
  • immune-mediated haemolytic anaemia
  • cacing dalam jantung (jarang berlaku pada kucing)
  • rendah paras fosfat dalam darah

2. Hepatik (hepatic) - masalah pada hati itu sendiri (kegagalan hati menjalankan fungsinya)
  • Penyusupan lemak pada hati (hepatic lipidosis)
  • hepatitis, cholangitis,  cholangiohepatitis (korang google eh...nanti tau ler apa maksud nama2 tu...:P)
  • Toxin atau keracunan oleh logam berat dan sesetngah racun serangga untuk membasmi parasit luaran.
  • Ubat-ubatan seperti diazepam, griseofulvin, acetaminophen
  • Kanser hati
  • Cirrhosis - keadaan bilamana hati telah rosak teruk
  • Penyakit disebabkan oleh virus, bakteria dan protozoa

3. Post hepatik
  • Jangkitan pada pankreas
  • Masalah pada pundi hempedu - tersumbat, batu hempedu
  • Jangkitan pada usus kecil yang boleh menyebabkan salur hempedu tersumbat atau pengaliran hempedu terhalang
Jadi sebelum terlambat and sayangkan kucing2 korang. kalau kucing tu dah tunjuk tanda2 sakit ni, cepat2 la bawak gi klinik untuk dapatkan injection.. Bila dah effect ke buah pinggang cam Oddy.. Cam peluang nak hidup tu 50:50.......... Doakan Oddy cepat sembuh ;'(

CREDIT to blog ni.. Thanks utk info.. ;'(

22 comments:

suhaimi m.salleh said...

akhir nya oddy mati jugak.. setelah 2 bulan melawan penyakit..

liyana said...

bye oddy..tina rindu oddy sangat... ;'(

Anonymous said...

bru2 ni family call yg kucing sy kna dmm kuning,penyakit hati. mmg sedih. lg2 bila t'pisah jauh dgn kucing sy. nk balik tk boleh sbb ada exam T.T

Anonymous said...

bru2 ni family call yg kucing sy kna dmm kuning,penyakit hati. mmg sedih. lg2 bila t'pisah jauh dgn kucing sy. nk balik tk boleh sbb ada exam T.T

liyana said...

ciannye..kalau dah kene penyakit tu xtau la de harapan lagi ke tak nak hidup.. Oddy dah mati 29 Januari 2012.. Sampai sekarang rase kehilangan die even dah ade pengganti.. Tak de kucing lain boleh ganti Oddy :'( Dah jangan sedih2.. Hope kucing awak boleh sihat and sempat jumpe k..

eyka zulaikha halim said...

dlm seminggu dua ni sya tgk kucing sya mcm x bermaya lps tu trus bwk g klinik..
then dr ad kata yg dia kne pnyakit sme mcm oddy..
now kita org x thu nak wat mcm mne,,
"selain dri g inject x ad ke cara lain utk sihat kan dia seprti biasa.. lgi pun bkn seekor..
tapi tiga ekor..
tu pun x ter masuk dgn anak kucing lgi..
awk bg oddy akn mknan apa ye..?

liyana said...

awak..oddy dah mati..saye tak sedar pon mase die sakit tu..bila dah terok baru sedar die sakit... saye bagi die makan campur2.. ade makan whiskas and friskies, ada bg makanan biase2 jek.. sebab makanan biase2 and murah ni ke boleh buat die sakit ek?? lepas oddy inject still same jek.. macam dah xleh nk baik.. hope kucing awak boleh sembuh la..

Anonymous said...

salam.kucing sy pon br kna simptopm xbmya.xlalu mkn.air liur mngalir.mmg ptnda pnyakit kuning ke ?

liyana said...

itu saye tak pastila..oddy mase mule2 kene penyakit ni xdek la air liur mengalir..mungkin sakit lain kot..doa jek la bukan sakit kuning ni..kalau kena penyakit kuning ni..kene bawak gi vet cepat2 la..takot pape jadi kan.. :(

Laut Syurga said...

As'kum...bila baca komen diatas mmg sedih dgn apa yang anak kucing ni hadapi. Hari ni sy baru je bawa kucing saya ke klinik, doktor kata kena demam kuning, taktaulah cmner...doktor kata 50-50, ubat semua pil yg diberi..dgn harapan biarlah sembuh. Sy hanya mampu berusaha memberi ubat utknya, Allah yg menentukannya. Semoga Allah panjangkan umurnya. :(

Laut Syurga said...

As'kum...bila baca komen diatas mmg sedih dgn apa yang anak kucing ni hadapi. Hari ni sy baru je bawa kucing saya ke klinik, doktor kata kena demam kuning, taktaulah cmner...doktor kata 50-50, ubat semua pil yg diberi..dgn harapan biarlah sembuh. Sy hanya mampu berusaha memberi ubat utknya, Allah yg menentukannya. Semoga Allah panjangkan umurnya. :(

nur syazwana said...

;( kucing sy nama amok..semalam pegi vet..N disahkan dapat kuning + hati bengkak..sedihnya..rasa ralat sangat x bawak amok jumpa vet dari awal ;(
dah dekat sebulan amok kurang selera mkn..masa krismas tu balik, ada bagi dia mkn..n banyak jugak..tapi 29hb ritu amok start selsema..skarang amok terbaring je..esok kena g inject lagi..
dah xtau nak kongsi ngan sapa lagi ;(

liyana said...

Laut Syurga.. tu la..Oddy dah mati.. and sempat berapa kali jek pergi klinik amek suntikan.. sebab dah terlambat. Selalu sakit cam ni cam susah nak sembuh jek :'( Kalau dokter dh ckp 50/50 tu kene bersedia la dari awal..Harap boleh smoge cepat sembuh seperti biase..

Nur syazwana..tak pe.. KOngsi kat sini k.. Kucing kite semua alami sakit yang sama. Sekarang Oddy dah tak de. :'( memang sedih sgt rase kehilangan die sampai sekarang.. Xpe la, awak bawak gi klinik n saya doakan semoga cepat sembuh.. Harap tak terlambat la kesan penyakit tu sbb saye ni lambat kesan penyakit Oddy..

Anonymous said...

samalah...kucing saya baru disahkan sakit hati...kena g klinik 3 hari berturut...

Dyan said...

Sewaktu kucing saya disahkan jaundice,vet kata 50:50. Saya amat berterima kasih kepada penulis pada link ini http://www.ebay.com/gds/treating-cat-feline-jaundice-stopped-eating-lethargic/10000000000766556/g.html kerana setelah mengikut langkah-langkah yang diberikan.. kucing saya semakin sihat dan kembali aktif.Berikut adalah perkara-perkara yang perlu dibuat sekiranya kucing anda di sahkan jaundice (50:50):
a) apabila kucing anda tidak aktif seperti kebiasaannya, tidur sahaja, kesejukkan, dan tidak mahu makan dan minum.. bawa ke klinik haiwan dalam 24 jam.
b) vet akan memberi ubat untuk makan yang mana kita perlu ikut aturannya. Contohnya sekiranya ubat perlu diberi 2 kali sehari.. maka kita perlu beri 2 kali sehari.. JANGAN SKIP! vet juga akan meminta kita hantar kucing untuk di'flush'. Kucing saya di flush 4 hari berturut-turut untuk membantu dia membuang kuning. apabila di flush, kuning tidak akan hilang serta merta.. perlu diberi ubat untuk jangka masa yang lama. Ini kerana kuning kucing mengambil masa 2-3 bulan untuk pulih.
c) dalam masa kita memberi ubat dan menghantar pada vet untuk di flush.. kita juga perlu memastikan kucing kita makan dan minum. Jika kucing anda tidak mahu makan/minum, perlu 'force feed' dan memastikan dia sentiasa hydrate. Jika tidak, kucing anda tidak hanya menanggung kesakitan disebabkan jaundice, malah mati akibat kelaparan dan kurang air. Apa yang saya lakukan adalah, saya menyuapkan makan dan minum setiap 3-4 jam. Pada mulanya saya memakai a/d (tidak halal dan perlu disamak).. akan tetapi kucing saya menampakkan perubahan mahu makan sendiri walaupun sedikit. Selepas itu saya menggunakan jenama evo/ avo derm (chicken) untuk force feed. Jangan beri makanan basah yang biasa, beri makanan basah untuk kucing sakit. saya memberi a/d atau avo derm setiap 3-4 jam selama seminggu sebelum kucing saya semakin pulih dan mahu makan dan minum dengan sendiri.
d) Alhamdulillah kucing saya semakin pulih sekarang, namun masih perlu mengambil ubat hati yang diberikan doktor walaupun dia sepertinya sudah pulih seperti sediakala. Ini kerana jaundice perlu dirawat 2-3 bulan.

Saya harap komen ini dapat membantu merawat penyakit kuning kucing anda. Semasa kucing anda sakit, anda perlu meluangkan sedikit masa sepertimana yang saya terangkan di atas sekiranya anda tidak mahu kucing anda mati.. Sekian.

Anonymous said...

hye. nk tnya. if kucing tu kena penyakit kuning, mulut dia akan bau busuk tak ? macam ada nanah gtu.

Bigik said...

kucing saya mimi..baru disahkan penyakit kuning...memang kat putih mata tu dah tukar jadi warna kuning pekat..doktor tu cakap dalam masa 14 hari mungkin dia akan mati...
sekarang menunggu detik2 14 hari...rasa sangat sedih,sbb tiap2 malam mimi akan tido di bilik saya...ntah2 lepas 14 hari die dah takde lagi...tak tau nak cakap aper..sayang benar saya kt kucing nih...mungkin ini lah kali pertama dan kali terakhir saya membela kucing..

Anonymous said...

Kucing saya pun.br je kena n mati.habis cara dah saya beri nak bg sembuh.suplement bagi.ubatbg.tp dia pergi jua.sedih sangat

Anonymous said...

Kucing sy dh kne pn
kit ni kategori berat! Darah dh kluar d hidung!

Anonymous said...

Emm brape kos utk suntikan?

Anonymous said...

Kucing saya pun jaundice. Dah dekat seminggu langsung tak nak mkn. Vet kata besar kemungkinan sbb kuman dr gigitan kutu n kucing obes. Dia suggest tinggal kat klinik utk drip n force feed tapi saya tak mampu. So vet bagi anti-biotik, supplement dan ubat jaundice. Saya sedih sgt tengok kucing tu n reaksi anak lelaki saya yg teramat sayang kucing. Tak sanggup saya tgk dia menangis mcm dulu apabila kucing dia mati. Tapi hidup/mati di tangan tuhan jadi kena pasrahlaj.

liyana said...

terima kasih sebab berkongsi komen kat sini..sedih baca komen2 semua di sini. Tula kalau dah kene infection ni, peluang nk hidup tu xtau la ade ke tak.. so kene peka ngan keadaan kucing masing n tgk perubahan dekat dorang..bile dah sakit n xdek..baru la menyesal :'( tapi bile kucing yg kite sayang tu mati, hanye org yg sayang kucing jek tau macamne rase die.. sampai skrg rase sedih bile ingat ody even an setahun 7 bulan ody pergi.. :(