Monday, January 16, 2012

Demam kuning kucing

  Assalamualaikum.. 

Nak berkongsi tentang demam kuning pada kucing.. Mesti semua orang tak tau kan yang kucing pon boleh kena demam kuning macam baby kan.. Ye, kucing boleh kena dan kucing saye salah sekor yang terkena penyakit ni. Bunyinye macam tak seruis tapi sebenarnye sakit ni sangat serius dan boleh bawak mati. ;'(



Sakit kuning ni boleh dikenali sebagai  JAUNDIS (JAUNDICE) / ICTERUS / DEMAM KUNING (YELLOW FEVER).. Demam kuning ni macam adanya warna kekuningan pada bahagian badan disebabkan peningkatan kandungan bilirubin dalam darah.
Owner kucing kena peka tgk kucing korang kot2 ade tande2 kekuningan pada putih mata, kekuningan pada gusi, pada kulit dan juga dibahagian bawah cuping telinga. Kuning ni wujud secara beransur2 daripada kuning pucat kepada kuning yang lebih pekat.


Selalu berlaku - demam, kucing tak makan, gusi pucat atau sedikit kekuningan, air liur meleleh, berak cair dan adakala bercampur darah, muntah dan kurang air dalam badan (dehydrated). Kucing ni boleh tak makan atau hilang selera untuk satu jangkamasa yang lama. Adakala kita 'paksa makan' (force feeding) kucing tu. Macam Oddy, memang kena paksa makan n bawak makanan tu depan muka die. Die akan makan sikit jek ;'(



Dulu tak tau kan, ingat ke die murung sebab tak dapat kawasan or Gf lari sebab die baru lepas gadoh. Bawak2 gi klinik baru tau. padan la die tak nak makan, n tak aktif langsung. die boleh tido dari pukul 9mlm smpai 9 pagi macam manusia. Kalau Oddy duduk kat satu tempat tu, boleh duduk situ tak bangun2 sampai berjam2 lamenye ;'(


Sekarang Oddy kene cocok selalu.. Setiap minggu.. Sebab keadaan die macam tu jugak jek ;'( Sangat sedih tengok die macam tu. tak bermaya... Duduk diam. Hanye orang yang ada kucing jek faham macamane rase bile kucing kesayangan kene macam ni.  ;'(


Penyebab kepada jaundis ni diklasifikasikan atau dibahagikan kepada 3;

1. Prehepatik (prehepatic) - merujuk kepada masalah yang wujud sebelum darah tiba ke hati seperti sel darah merah musnah atau pecah. Selalunya disebabkan oleh:

  • Parasit darah - haemobartonellosis, cytauxzoonosis
  • ubat-ubatan
  • reaksi selepas pemindahan darah
  • immune-mediated haemolytic anaemia
  • cacing dalam jantung (jarang berlaku pada kucing)
  • rendah paras fosfat dalam darah

2. Hepatik (hepatic) - masalah pada hati itu sendiri (kegagalan hati menjalankan fungsinya)
  • Penyusupan lemak pada hati (hepatic lipidosis)
  • hepatitis, cholangitis,  cholangiohepatitis (korang google eh...nanti tau ler apa maksud nama2 tu...:P)
  • Toxin atau keracunan oleh logam berat dan sesetngah racun serangga untuk membasmi parasit luaran.
  • Ubat-ubatan seperti diazepam, griseofulvin, acetaminophen
  • Kanser hati
  • Cirrhosis - keadaan bilamana hati telah rosak teruk
  • Penyakit disebabkan oleh virus, bakteria dan protozoa

3. Post hepatik
  • Jangkitan pada pankreas
  • Masalah pada pundi hempedu - tersumbat, batu hempedu
  • Jangkitan pada usus kecil yang boleh menyebabkan salur hempedu tersumbat atau pengaliran hempedu terhalang
Jadi sebelum terlambat and sayangkan kucing2 korang. kalau kucing tu dah tunjuk tanda2 sakit ni, cepat2 la bawak gi klinik untuk dapatkan injection.. Bila dah effect ke buah pinggang cam Oddy.. Cam peluang nak hidup tu 50:50.......... Doakan Oddy cepat sembuh ;'(

CREDIT to blog ni.. Thanks utk info.. ;'(