Tuesday, November 20, 2012

Movie best

Assalamualaikum...

Tadi tengah boring2 terpasang chanel Fox Movie 413 kat Astro.. Tertengok cerita Kingdom Of Heaven.. Tak tau lagi cerita die pasal ape, and tengah2 tengok diorang bagi salam sesame diorang and pasal perang kat Jerusalem.

Cerita ni sangat best.. Aku terlepas nak tengok dan cube untuk menyuruh rakan2 untuk mendownload cerita ini kerana baru sekejap tadi buat research pasal cerita ni. Ok cerita ni dah keluar tahun 2005.. Mase tu aku form 3.. Mane la nak tengok movie sangat kan. Or aku jek yg ketinggalan zaman tak tau pasal cerita ni..huhu..  Ok, kat sini ada research and review pasal cerita Kingdom Of Heaven ni ok yg dibintangi oleh Orlando Blooms dan  Ghassan Massoud :)




Tokoh Saladin yang dilakonkan oleh Ghassan Massoud pada “Kingdom of Heaven”
Sebelum melihat dengan baik siapa Saladin ini mari kita sama-sama menghaturkan sedekah al-Fatihah untuknya dan semoga satu hari nanti lahir seorang lagi Saladin baru untuk menyelamatkan kembali Palestina khususnya dan Islam pada umumnya. Amin.  

Salahuddin al-Ayyubi (Bahasa Arab: صلاح الدين الأيوبي / Ṣalāḥ al-Dīn al-Ayyubīy‎, bahasa Kurdi: سه‌لاحه ‌دينێ ئه ‌يووبى / Silhedînê Eyûbî, Bahasa Parsi: صلاح الدین ایوبی, Bahasa Turki: Selahaddin Eyyubi) atau nama sebenarnya Yusuf bin Ayyub (1137 -1193) mengasaskan dinasti Ayyubi bangsa Kurdis di Mesir dan Syria. Di Barat beliau dikenali sebagai Saladin. Dia juga terkenal dalam kalangan Nasrani dan Muslim dengan kebolehannya sebagai ketua dan ketangkasannya dalam peperangan yang disertai juga dengan sifat kesateriaan dan belas kasihannya semasa Perang Salib.

 Industri film barat telah berjaya memaparkan sebuah film bertajuk “The Kingdom of Heaven” yang menampilkan Orlando Bloom sebagai Balian of Ibelin.  Sekalipun telah mendapat kritikan dahsyat dari sebagian besar masyarakat barat, film yang telah berjaya di peringkat “Box Office” ini merupakan satu-satunya film yang telah mengimbangi kedudukan Islam di tengah-tengah konflik Israel-Palestina dan kekeliruan di kalangan masyarakat antara bangsa mengenai Islam.

Filem tersebut juga telah membuat generasi muda Melayu terpegun dengan kehebatan dan kemulian Salahuddin Al-Ayubi sebagai salah seorang tokoh Kebangkitan Islam. Cerita barat ni juga tak menunjukkan Islam tu pengganas dan masa perang ni diorang berdamai secara baik..

Tu la sejarah penting.. Golongan muda sekarang makin lama makin lupa sejarah.. Lepas ni rajin2 la membaca sejarah-sejarah dunia terutamanya sejarah Islam..

Friday, November 2, 2012

Faith The Great Doctor

Assalamualaikum..

Ok, dah lame tak menggilan dengan cerita Korea selepas beberapa cerita Korea yang best, Boys Over Flower, My Girdfriend Is Gumiho, City Hunter and sekarang sangat suke dengan cite Faith ni.. wuaaa... Menangis2, meremang2 bulu roma tengok sebab Lee Min Ho cangat encem dalam cite ni..huhu.. Mule suke gile kat die dalam cite BOF then cite City Hunter yg cangat hensem.. Tapi Cerita FAITH ni paling bestt arghhhhh..Arghhhhhhhhhhhhhhhhhh...

Sekarang cerita die dah habis and baru jek habis 30 Oktober ari tu.... Rase sedih tak dapat nak tengok dah.. Nak lagi Nak lagi.. hahaha.. Baru aku rase camne jadinye peminat gile Korean Drama ni.. Hehe..

Cerita die pasal Doctor dari zaman 2012 ni kene kidnap bawak gi zaman lepas.. Sangat comel la bile yg kidnap tu adelah Min Ho oppa.. Haha.. Gile, Argghhhh tersangat gile.. Helpp...

Bile tengok cerita ni banyak gak la aku belajar sejarah Korea ni.. hehe.. Sejarah Malaysia tak ingat pulak kan. Hoho.. Sebab cerita sejarah dorang cam best jek kan. Plus dgn Hero yang encem2, baju comey2.. Hoho.. Ok nak menggila dengan gambar2 dorang and lagu2 best ni.. =,=

omey omey omey..
Queen and King of Goryeo yg sangat comel dua2.. :)
Lagu paling BEST.. Carry On, Ali.. :)
Jom hafal and nyanyi.. haha = , ='

Lagu BEST jugak.. Hoho... Bad Person OST Faith..


I See You, OST Faith..

Ok, kalau nak tengok cerita ni tengok kat EP Drama FAITH..

Wednesday, October 17, 2012

ಠ_ಠ


Friday, October 12, 2012

BFF













yeyohh... KBT babaiii

Tuesday, August 28, 2012

:)

DOA BUAT HATI YANG TERLUKA

Ya Allah,
Bilamana aku masih mengingati si dia yang bukan milikku,
maka,bantulah aku untuk aku melupakan dirinya..
Andai ada kenangan antara kami yang mengikat diri,
maka lupuskanlah ia dari ingatanku..
Biarkan aku jauh dari dirinya,
dan ikatlah diriku ini untuk terus setia dengan kasihMu..
Hilangkan bayangan dia dari mindaku ini Ya Allah,
dan payungilah aku dengan rahmatMu,
Perindahkanlah lisanku ini untuk terus berzikir
menyebut asma' Mu..
agar aku sentiasa selamat dengan CINTAMU..
Ameen ya Rabbal Alamin.

Sunday, August 12, 2012

Surat Cinta 5b

Rase terharu la pulak bila dapat surat beso gedabak guna kad manila ni. Minggu lepas kan merajuk ngn dorang semua. Hari ni ada kelas ngan dorang. So asyik pikir jek macam mane la nak masuk kelas nanti sebab dah merajuk and dah cakap kat dorang yg cikgu tak nak masuk dha. Haha..
Pastu dengan seriusnya bagitau kat dorang nanti cikgu jumpe guru besar cakap kat die tukar cikgu lain. Cikgu dah tak nak ajar kelas kamu. Haha.. Terok betol la cikgu ni. Bukan selalu kan. Hehe.. 

Nasib baik dorang pujuk awal pagi. Kelas ngan dorang pukul 9.30pagi. So tak de la awkward sangat nanti kan. Tadi pon masuk kelas buat macam biase jek xdek pape. Hahaha.. Bila dorang bising sikit jek, ade murid2 lain ingatkan jangan buat bising.. hehehehhehehehehe.... Tapi last2 cakap la jugak yang cikgu mintak maaf jugak sbb berkasar ngn kamu semua.. Janji ngan cikgu jangan buat dah ok!! :) cam ni la cikgu sayang! hewhewhewww :p





Thursday, August 9, 2012

praktikum n makan

Assalamualaikum.. 

Sangat lame tak update blog ni.. Tak de mase. Tapi kadang2 blog ni jugak nak berkongsi and bercerita sorang2.. haha.. Lagi2 baru tau ade peminat yang suke bace blog ni sebenarnye.. Hai awak.. :) (kalau rase org tu adalah awak, awak dan diri awak la..hohoho)

Hari ni kat sekolah on9 je sbb takde kelas nak ajar..isnin ngn khamis hari yg paling best..huaaa...semalam saya menjadi sangat garang and suruh sorang budak ni berdiri atas meja.. sape suh melawan cikgu liyana lagi haa! pastu semalam jugak saye telah merajuk dengan kelas tahun 5. Hahaha.. Tula, sape suh banyak sangat cakap, tak nak dengar cikgu cakap.. dorang datang la pujuk tapi biase la, cikgu jual mahal buat tak tau..hahaha..

Last2 budak tu yg nangis n bla teros.. saye menjadi serbe salah la pulak..hewhewww.. so tak tau nak buat ape lepas ni..helppp..tu la, merajok lagi..org dah pujuk tu jangan la jual mahal..Cian kat dorang..Ari ni tak de pulak nak datang pujuk cikgu..wuaaa.. Malu nak masuk kelas dorang minggu depan.. hukhukk..

 ok hari ni jugak nak drive kereta laju2 balik Sungai Petani..dan minggu depan laju2 nak balik Bentong.. Tak sabar nak balik raye kat umah..

Sememangnya saye suka sangat makan steamboat. Suka makan kat Johnnys and baru tau kat SP ade steamboat.. sangat teruja dan sanggup bergegas dari Baling ke Sp untuk berbuka puase di Reez Steamboat, Sungai Petani.. ade 90 jenis menu. haa, hamek la nak bape banyak sekali pun.. memang makan kenyang giless.. nak drive balik baling pon rase ngantok sbb terlampau kenyang and tamak nak macam2. yang paling best adalah DAGING..yeay..hahaha ok tak tau nak ngarot ape..bye..





Monday, April 30, 2012

LUV elephant

LUV elephant, LUV polka dots

Monday, January 16, 2012

Demam kuning kucing

  Assalamualaikum.. 

Nak berkongsi tentang demam kuning pada kucing.. Mesti semua orang tak tau kan yang kucing pon boleh kena demam kuning macam baby kan.. Ye, kucing boleh kena dan kucing saye salah sekor yang terkena penyakit ni. Bunyinye macam tak seruis tapi sebenarnye sakit ni sangat serius dan boleh bawak mati. ;'(



Sakit kuning ni boleh dikenali sebagai  JAUNDIS (JAUNDICE) / ICTERUS / DEMAM KUNING (YELLOW FEVER).. Demam kuning ni macam adanya warna kekuningan pada bahagian badan disebabkan peningkatan kandungan bilirubin dalam darah.
Owner kucing kena peka tgk kucing korang kot2 ade tande2 kekuningan pada putih mata, kekuningan pada gusi, pada kulit dan juga dibahagian bawah cuping telinga. Kuning ni wujud secara beransur2 daripada kuning pucat kepada kuning yang lebih pekat.


Selalu berlaku - demam, kucing tak makan, gusi pucat atau sedikit kekuningan, air liur meleleh, berak cair dan adakala bercampur darah, muntah dan kurang air dalam badan (dehydrated). Kucing ni boleh tak makan atau hilang selera untuk satu jangkamasa yang lama. Adakala kita 'paksa makan' (force feeding) kucing tu. Macam Oddy, memang kena paksa makan n bawak makanan tu depan muka die. Die akan makan sikit jek ;'(



Dulu tak tau kan, ingat ke die murung sebab tak dapat kawasan or Gf lari sebab die baru lepas gadoh. Bawak2 gi klinik baru tau. padan la die tak nak makan, n tak aktif langsung. die boleh tido dari pukul 9mlm smpai 9 pagi macam manusia. Kalau Oddy duduk kat satu tempat tu, boleh duduk situ tak bangun2 sampai berjam2 lamenye ;'(


Sekarang Oddy kene cocok selalu.. Setiap minggu.. Sebab keadaan die macam tu jugak jek ;'( Sangat sedih tengok die macam tu. tak bermaya... Duduk diam. Hanye orang yang ada kucing jek faham macamane rase bile kucing kesayangan kene macam ni.  ;'(


Penyebab kepada jaundis ni diklasifikasikan atau dibahagikan kepada 3;

1. Prehepatik (prehepatic) - merujuk kepada masalah yang wujud sebelum darah tiba ke hati seperti sel darah merah musnah atau pecah. Selalunya disebabkan oleh:

  • Parasit darah - haemobartonellosis, cytauxzoonosis
  • ubat-ubatan
  • reaksi selepas pemindahan darah
  • immune-mediated haemolytic anaemia
  • cacing dalam jantung (jarang berlaku pada kucing)
  • rendah paras fosfat dalam darah

2. Hepatik (hepatic) - masalah pada hati itu sendiri (kegagalan hati menjalankan fungsinya)
  • Penyusupan lemak pada hati (hepatic lipidosis)
  • hepatitis, cholangitis,  cholangiohepatitis (korang google eh...nanti tau ler apa maksud nama2 tu...:P)
  • Toxin atau keracunan oleh logam berat dan sesetngah racun serangga untuk membasmi parasit luaran.
  • Ubat-ubatan seperti diazepam, griseofulvin, acetaminophen
  • Kanser hati
  • Cirrhosis - keadaan bilamana hati telah rosak teruk
  • Penyakit disebabkan oleh virus, bakteria dan protozoa

3. Post hepatik
  • Jangkitan pada pankreas
  • Masalah pada pundi hempedu - tersumbat, batu hempedu
  • Jangkitan pada usus kecil yang boleh menyebabkan salur hempedu tersumbat atau pengaliran hempedu terhalang
Jadi sebelum terlambat and sayangkan kucing2 korang. kalau kucing tu dah tunjuk tanda2 sakit ni, cepat2 la bawak gi klinik untuk dapatkan injection.. Bila dah effect ke buah pinggang cam Oddy.. Cam peluang nak hidup tu 50:50.......... Doakan Oddy cepat sembuh ;'(

CREDIT to blog ni.. Thanks utk info.. ;'(