Friday, October 4, 2013

Seminar Penyelidikan Tindakan 2013

Assalamualaikum...

Alhamdulillah... Tanggal 2 Oktober 2013 merupakan hari yang dinanti2 selama 5tahun 1/2 belajar kat IPG KSAH ni.. skema betul ayat.. :p Hari semua org kene present Kajian Tindakan masing2... Semua ketaqq lutoit bak hangggg... Alhamdulillah semuanya berjalan lancar even dapat dokter paling strict and juge penilai antarabangsaaa,,ok baru tau die adelah penilai antarabangsa n dah ade banyak degree bile lagi berape jam jek nak bentang... Fuhhh..itu tak mematahkan semangat.. Ape yang aku pikir mase tu dah tak larattt nak tanggung semua ni and nak bagi habisss je..doa banyak3 and tawakal je..heheheh...

And..................bile dah habis rase lega sangat..tapi banyak plak penambahbaikan kene buat..tu yg letih tu..Arghh...Selagi tak jilid Kajian Tindakan ni, slagi tu xleh bertenang lagi..hukhukkkkkkkkkk... Tapi xpe..boleh dah la tarik nafas lege bile dah habes present.. Tinggal nak exam jek bulan depan AND BULAN DEPAN JUGAK dah nak HABIS BELAJARRRRRRRRRRRRR.. HOYEAYHHHHHHHHH... macam tak sangka jek nak habis belajar dah kot.. tahun depan aku dah jadi seorang cikgu??? ok..banyak lagi kene perbetulkan diri ni bile nak jadi cikgu yang betul2 cikgu... :( kene get ready.......




GUD LUCK KAWAN2.... ok tak nak sedih lagi..nak sedih mase hari last berpisahhhh... huhuhuhuhuhu :')

Tuesday, August 27, 2013

Selamat Hari Raya (nada bungkefez)

Selamat Hari Raya :)

Tahun 2013 adalah tahun yang sangat stress+tension kerana dah semester terakhir.. Penantian selama 5tahun setengah belajar.. Hohoho... tapi nak habeskan memang sangat ARGHHHHH...

Jadi disebabkan cuti raya dua minggu and lepas raye memang akan bz gila, jadi masa 2 minggu raya dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya untuk berayaaa... yeahhhhhhhhhhh...



Raya pertama beraya bersama keluarga tersayang laa :) Tema biru tapi baju raye tak sempat siap... hohoho




 Short and Tall.. Hahahaha.. Gueh mempunyai kawan yg sangat tinggi! hahaha

Kegedikan melanda...


Rindunye nanti kat depaa semua ni..hoho..  Tahun ni last sambut raya ngan dorang...Tahun depan semua bawak haluan masing2 dah... ok babaiiiiiiii


Tuesday, November 20, 2012

Movie best

Assalamualaikum...

Tadi tengah boring2 terpasang chanel Fox Movie 413 kat Astro.. Tertengok cerita Kingdom Of Heaven.. Tak tau lagi cerita die pasal ape, and tengah2 tengok diorang bagi salam sesame diorang and pasal perang kat Jerusalem.

Cerita ni sangat best.. Aku terlepas nak tengok dan cube untuk menyuruh rakan2 untuk mendownload cerita ini kerana baru sekejap tadi buat research pasal cerita ni. Ok cerita ni dah keluar tahun 2005.. Mase tu aku form 3.. Mane la nak tengok movie sangat kan. Or aku jek yg ketinggalan zaman tak tau pasal cerita ni..huhu..  Ok, kat sini ada research and review pasal cerita Kingdom Of Heaven ni ok yg dibintangi oleh Orlando Blooms dan  Ghassan Massoud :)




Tokoh Saladin yang dilakonkan oleh Ghassan Massoud pada “Kingdom of Heaven”
Sebelum melihat dengan baik siapa Saladin ini mari kita sama-sama menghaturkan sedekah al-Fatihah untuknya dan semoga satu hari nanti lahir seorang lagi Saladin baru untuk menyelamatkan kembali Palestina khususnya dan Islam pada umumnya. Amin.  

Salahuddin al-Ayyubi (Bahasa Arab: صلاح الدين الأيوبي / Ṣalāḥ al-Dīn al-Ayyubīy‎, bahasa Kurdi: سه‌لاحه ‌دينێ ئه ‌يووبى / Silhedînê Eyûbî, Bahasa Parsi: صلاح الدین ایوبی, Bahasa Turki: Selahaddin Eyyubi) atau nama sebenarnya Yusuf bin Ayyub (1137 -1193) mengasaskan dinasti Ayyubi bangsa Kurdis di Mesir dan Syria. Di Barat beliau dikenali sebagai Saladin. Dia juga terkenal dalam kalangan Nasrani dan Muslim dengan kebolehannya sebagai ketua dan ketangkasannya dalam peperangan yang disertai juga dengan sifat kesateriaan dan belas kasihannya semasa Perang Salib.

 Industri film barat telah berjaya memaparkan sebuah film bertajuk “The Kingdom of Heaven” yang menampilkan Orlando Bloom sebagai Balian of Ibelin.  Sekalipun telah mendapat kritikan dahsyat dari sebagian besar masyarakat barat, film yang telah berjaya di peringkat “Box Office” ini merupakan satu-satunya film yang telah mengimbangi kedudukan Islam di tengah-tengah konflik Israel-Palestina dan kekeliruan di kalangan masyarakat antara bangsa mengenai Islam.

Filem tersebut juga telah membuat generasi muda Melayu terpegun dengan kehebatan dan kemulian Salahuddin Al-Ayubi sebagai salah seorang tokoh Kebangkitan Islam. Cerita barat ni juga tak menunjukkan Islam tu pengganas dan masa perang ni diorang berdamai secara baik..

Tu la sejarah penting.. Golongan muda sekarang makin lama makin lupa sejarah.. Lepas ni rajin2 la membaca sejarah-sejarah dunia terutamanya sejarah Islam..